Wednesday, December 31, 2008

Selamat tahun baru 2009

Salam,
Memang lama x update blog nih...mcm hidup segan mati x mau jer...bkn aper byk betol masalah melanda kalo ader niat baik...projek boer kitorang dilanda masalah disebabkan kenaikan harga minyak yang mendadak tempoh hari...so teraksa hold dulu...sbb kos semua meningkat...x tau la mcm maner geng2 usahawan boer yang lain....tp berita baik kami dah pon menyambung projek nih tapi ader sedikit perubahan daripada plan asal...next time aku akan upload gambar2 projek baru kitorang...kasi suprise sikit...
selamat menyambut maal hijrah dan selamat tahun baru...semoga 2009 lebih berjaya

Monday, April 21, 2008

Projek Boer-F1



Alhamdulillah...
Segalanya berjalan dengan lancar..dengan keringat Abang n Ayah aku maka terhasillah tapak untuk kandang Boer kitorang...x dapat aku nak tolong diorang pasal aku kat subang time tu....so aku tolong uploaded je lah...senang je keje aku nih..kakakaka...Lihat gambar sebelah...Terletak lebih kurang dalam 30meter sahaja dari jarak rumah aku...Garisan yang berwarna merah tu adalah Tapak Cadangan bagi kandang kambing kami....mungkin akan ambil masa 2-3 bulan lagi untuk start kot...sebab banyak lagi "benda-benda" lain yang belum selesai...Kesian gak kat bapak aku pasal kene "berkorban" 1/4 port dia tanam tebu nih...nak buat macam mane...ni jer tapak yang terbaik buat masa nih tapi masih ader lagi port dia kat area belakang2...lagi senang kalau tokan tebu datang ambik tebu...jalan dah besar...Dalam 25 lori jugak tanah ditimbus untuk cover jalan masuk sampailah ke tapak nih...parit-parit lama semua dah x wujud....
Nih gambar jalan masuk ke tapak...pagar belum pasang lagi...yang kaler ijau tu adalah rumah aku...kalau sebelum nih area nih memang "privacy" abis tapi skang n lepas nih aku rase dah jadik cam federal highway kot...kakakakaka..
So korang sume doa-doakan la untuk kejayaan kitorang yang seterusnya....kot-kot sesape ader yang baik hati nak hulur modal pon x der hal....kakakaka.....tunggu untuk cerita seterusnya...
salam,

Wednesday, April 16, 2008

PROJEK X

Salam,

lama betui aku x update blog nih...memang sebuk memanjang..nak buat camner masih lagi bekerja dengan orang...makan gaji...Segan aku nak bagi tau korang yang aku dan abang aku dah pun memulakan projek kambing kitorang...dengan disokong oleh bapak aku...

nasib baik la abang aku memang banyak masa terluang kalau dia x OFFSHORE la...so dapatla dia teruskan projek ini dahulu...Aku? goyang kaki jer la....aku masih dengan tugas aku...wat survey pasal kambing dan aper2 yang patut...projek ni kitorang belum bagi nama lagi itu pasal letak PROJEK X..baru diperingkat permulaan...buat site clearing,timbus parit2 lama untuk kemudahan masa akan datang...so tungguuuuuuu..nanti aku upload gambor2 site & kerja2 yang telah dilaksanakan...

cau,

Thursday, March 27, 2008

JAMNAPARI

Soalan Yang Selalu Diajukan

Apakah kelebihan kambing Jamnapari berbanding kambing Boer?

Setiap baka kambing mempunyai kelebihan dan kekurangan. Tidak kira baka Jamnapari, Boer, Saanen, Katjang, British Alpine atau yang lain. Namun apa yang perlu di titikberatkan adalah sistem ternak dan pengurusan ternakan yang baik. Seperti yang kita maklum, keadaan cuaca di Malaysia yang panas dan lembab sepanjang tahun meningkatkan lagi masalah ternakan lebih kepada jangkitan bakteria, infestasi cacing dan kutu serta jangkitan fungus. Adalah penting bagi mendapatkan baka yang tahan lasak dan dapat mengadaptasi keadaan ini dengan baik ataupun melakukan perkawinan silang dengan baka tempatan bagi meningkatkan daya tahan ternakan terhadap penyakit. Pihak kami lebih memelihara kambing Jamnapari kerana melihat kepada daya tahan dan kelebihan nya menyesuaikan diri di dalam suasana kandang.

Apakah umur matang kambing Jamnapari?

Tempoh matang bagi kambing adalah kebiasaannya seawal 7 bulan. Namun pengurusan yang baik adalah perlu bagi memastikan ternakan di kawinkan pada sekitar umur 1 tahun ke atas bagi betina dan 1 1/2 bagi jantan. Ini adalah bagi mengelakkan berlaku komplikasi terhadap ternakan ketika melahirkan anak dan anak yang di perolehi kecil dan tidak sihat.

Apakah makanan yang sesuai untuk kambing Jamnapari?

Makanan yang sesuai adalah sebaiknya berbentuk 70% hijau-hijauan berupa daun-daun (leban, balik angin, mahang, petai belalang, dll.) dan rumput-rumput (napier, guinea, dll.) samaada di beri secara terus atau di potong kecil. Melalui pemberian daun dan rumput ianya dapat mengurangkan kos dalam penyediaan makanan. Pemberian dedak adalah hanya sebagai tambahan dan bukan suatu keutamaan, kerana ianya dapat meningkatkan kos penjagaan dan menggangu dalam aliran tunai projek ternakan. Penjagaan terbaik bagi pembaka adalah melalui makanan berupa hijauan, di mana perolehan kandungan serat yang mencukupi.

Berapa ekor kambing yang sesuai untuk 1 ekar tanah?

Bagi keluasan 1 ekar tanah, untuk sistem lepas ragut ianya hanya dapat menampung 6- 10 ekor / ekar / tahun. Tetapi kapasiti ternakan boleh di tingkatkan sehingga 100 - 200 ekor dengan tanaman rumput " cut and carry "sekiranya sistem intensif di praktikkan.

Berapa jumlah maksimum kambing bagi kandang bersaiz 14' x 20'?

Kandang seluas 14' x 20' dijangka mampu menampung sekitar 15 - 20 ekor kambing pada sesuatu masa.

Berapakah harga sepasang kambing Jamnapari?

Kambing betina baka Jamnapari RM 1600 ( 40 kg ke atas, 12 - 30 bulan)
Kambing jantan baka Jamnapari RM 3200 ( 70 kg ke atas, 12 - 30 bulan )

Adakah saya layak untuk menternakan kambing Jamnapari?

Bagi memulakan perniagaan dalam penternakan paling utama adalah mempunyai modal dan kawasan yang sesuai untuk membangunkan kandang. Kandang boleh di bangunkan menggunakan kayu-kayu baru atau lama yang masih baik sekiranya ingin menggurangkan kos. Menetapkan matlamat dan perniagaan apa yang di ceburi dalam ternakan, samaada untuk daging, susu atau baka. Kesemua nya mempunyai potensi, namun pengetahuan dan pengalaman dalam pengurusan perniagaan adalah penting dalam menentukan hala tuju perniagaan. Mengetahui sumber-sumber bagi mendapatkan makanan ternakan dan ubatan. Pemilihan kambing yang mempunyai potensi di lakukan bagi mencapai matlamat. Setiap penternak perlu faham bahawa untuk menjadi penternak yang berjaya penternak harus pandai untuk membeli ternakan, memelihara ternakan dan menjual ternakan.

Adakah pemantauan akan diberikan kepada peserta yang membeli pakej?

Ya, pemantauan akan diberikan kepada peserta yang membeli pakej melalui telefon dan email.

Berapakah harga anak kambing Jamnapari?

Harga seekor anak kambing Jamnapari berumur 2 bulan dan ke atas adalah RM 600.00 hingga RM 1500.00 bergantung pada saiz dan baka anak kambing itu.

Bagaimana dengan bantuan modal?

Bagi khidmat nasihat berkaitan modal penternakan, bolehlah tuan berhubung terus dengan agensi kerajaan seperti jabatan haiwan daerah, jabatan pertanian, MARDI, RISDA, Bank Pertanian, Bank Pembangunan Usahawan dan lain-lain agensi yang berkaitan.

Bagaimanakah permintaan pasaran kambing Jamnapari?

Untuk makluman pihak tuan,industri penternakan kini semakin berkembang dengan penyertaan pihak kerajaan dan swasta. Buat masa ini ramai yang menternak untuk membiakkan kambing ini Kami menjangkakan penjualan daging akan lebih pesat dalam 2-3 tahun akan datang selepas pembiakan kambing berjaya. Lebih 92% daging dan ternakan kambing kini diimpot dari luar negera terutamanya daripada Australia dan New Zealand bagi memenuhi keperluan sumber protein dalam negara.

Buat masa ini pasaran nya tidak mempunyai masalah dan permintaan semakin meningkat untuk kambing baka Jamnapari. Strategi pemasaran yang baik dan mengetahui sasaran pengguna pasaran adalah penting.

Bolehkah saya melawat ladang ternakan tuan?

Kami menjemput tuan ke ladang kami di Parit Yaani, Yong Peng, Johor bagi sebarang perbincangan dan untuk melihat sendiri kambing peliharaan kami.

Dari mana saya hendak mendapatkan khidmat nasihat berkaitan penternakan kambing?

Bagi khidmat nasihat, adalah sebaiknya tuan berhubung terus dengan Jabatan Perkhidmatan Haiwan Daerah kerana pihak mereka lebih faham mengenai dasar dan prosedur penternakan. Selain itu juga tuan boleh berhubung dengan pihak kami untuk keterangan dan nasihat.

Adakah pihak tuan bersedia untuk membekalkan kambing ke luar Semenanjung Malaysia dan luar Malaysia?

Ya. Kami sedia membekalkan kambing ke lokasi anda bagi jumlah yang minima 250 ekor sahaja. Anda hanya perlu mengetahui prosedur kerajaan yang betul membawa masuk baka kambing luar ke tempat anda.

petikan dari sumber : website U KENG FARMING SDN. BHD
U Keng Farming Sdn Bhd merupakan sebuah syarikat penternakan swasta yang terletak di Parit Yaani, Yong Peng, Johor, syarikat ini merupakan penternak dan pengimport kambing baka Jamnapari daripada Indonesia.

Wednesday, March 26, 2008

PANDUAN PENTERNAKAN KAMBING

Salam,
Ni ada beberapa panduan yang aku rasa amat berguna untuk penternakan kambing yang aku dapat mase explore2 kat internet...petikan dari jabatan perkhidmatan haiwan negeri perak...merupakan langkah2 dalam perancangan awal untuk menceburi bidang ternakan kambing...antara panduan-panduan tersebut adalah berkenaan :-

1-TUJUAN PEMELIHARAAN
2-BAKA-BAKA KAMBING
3-CARA-CARA PEMILIHAN BAKA YANG BAIK
4-PEMELIHARAAN UNTUK TUJUAN PENGELUARAN DAGING
5-CARA PEMELIHARAAN
6-PANDUAN PERUMAHAN
7-PEMBINAAN KANDANG
8-PENGURUSAN
9-PENGURUSAN AM
10-CARA PEMBIAKAN
11-MAKANAN DAN MINUMAN

detail info

semoga sukses!!!

Kos-kos perlaksanaan yang perlu ditimbangkan

Kos-kos perlaksanaan yang perlu ditimbangkan

Kos permulaan
- pembersihan tapak projek
- pembinaan pagar
- pembinaan kandang, sistem pengairan, bangsal, stor makanan/perubatan
- baka dan induk atau kos kambing untuk tujuan fattening (untuk tujuan perbandingan)

Kos pengurusan
- upah penjagaan (kalau perlu)
- penanaman rumput dan mesin pengisar
- makanan tambahan ; vitamin, nutrition, mineral (rujuk jabatan haiwan)
- supplies ; collar, insecticide powder, hoof trimmer, botol & puting, baldi
- ubat-ubatan; antioxin, ubat cacing, ubat biru/iodin (rujuk doktor/jabatan haiwan)
- prosedur veterinari ; kos konsultansi, khidmat regular, disbudding, ujian darah, persampelan
- pengangkutan(anggaran)

Kos pentadbiran
- daftar perniagaan (termasuk lesen, permit dll)
- buka akaun perniagaan
- latihan/seminar- pengiklanan/promosi (papan tanda, kad perniagaan, postage, ekspo dll)
- pengangkutan (jualan dan urusan rasmi)- yuran professional
- peralatan pejabat (komputer, faksimili dll)
- penyelenggaraan
- alatulis
- anggaran bil utiliti

Di samping itu, kos-kos lain seperti pembinaan pejabat dan perabut bolehlah diselitkan mengikut kemampuan.


petikan dari sumber : Nukilan ANZ Pada http://ternakan-kambing-lembu.blogspot.com/

Thursday, January 17, 2008

Info Ringkas Mengenai Industri Penternakan Ruminan


* Kadar sara diri (SSL) bagi lembu dan kambing masih rendah iaitu masing-masing 18 peratus dan 9 peratus.


* Dalam Rancangan Malaysia Kesembilan(RMK-9), dan Dasar Pertanian Negara Ketiga (DPN3) serta Pelan Imbangan Dagangan, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani meletakkan sasaran SSL 40 peratus bagi lembu dan 35 peratus bagi kambing menjelang 2010.

*Bagi mencapai sasaran tersebut, pengeluaran lembu dan kerbau yang diperlukan ialah sebanyak 2 juta ekor.

* Lebih 723,000 ekor lembu betina dan 338,000 ekor lembu disembelih dengan mengambil kira 60 peratus kelahiran dan 40 peratus lagi baka pembiak.

* Bagi industri kambing pula, lebih 1 juta ekor diperlukan dengan bilangan pembiak lebih 380,000 ekor dan yang disembelih 3000,000 ekor setahun menjelang 2010.

* Pada masa ini dianggarkan terdapat 23,800 penternak dinegara ini meliputi semua komoditi ternakan :-
-Penternak lembu = 13,950 orang
-Penternak kambing = 3,544 orang

*Industri Kambing:
-Penternak Tradisional = 75 peratus
-Penternak semi komersial = 15 peratus
-Penternak Komersial = 10 peratus

Antara Projek Utama :-
~Pusat Pengeluaran Kambing Boer Negara seluas 4-5 hektar di Pondok Tanjung, Taiping Perak.
~Pusat Fidlot Nasional di Gemas, Negeri Sembilan.

RUJUKAN DARI UTUSAN MALAYSIA>Mega>khamis 17 januari 2008
Google